Akidah Salaf Dan Para Ahli hadis Oleh Imam Abu Uthman Isma'il bin 'Abd al-Rahman al-Sabuni al-Shafi'

Akidah Salaf Dan Para Ahli hadis Oleh Imam Abu Uthman Isma'il bin 'Abd al-Rahman al-Sabuni al-Shafi'

        Akidah Salaf

        dan Para Ahli Hadis

        Judul Asal (Arab): ʿAqīdat al-Salaf wa Aṣḥāb al-Ḥadīth
        Penulis: Imām Abū ʿUthmān Ismāʿīl bin ʿAbd al-Raḥman al-Ṣābūnī
        Pentahkik: Shaykh Abū al-Yamīn Al-Manṣūrī
        Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
        Jumlah Muka Surat: 396 m/s (Hard Cover)
        ISBN: 978-967-2910-44-2

        Dahulu mereka tahu dan akur bahawa akidah Salaf adalah "Aslam" (lebih selamat), hari ini muncul bibit-bibit yang cuba menafikan kewujudan akidah Salaf, sehingga Imam al-Shafi'i rahimahullah turut dicop "Asha'irah". ????

         

        Jom kita baca sendiri tulisan ulama mazhab Shafi'i tentang apakah itu Akidah Salaf & Para Ahli Hadis? Jadilah Shafi'i sejati!


        • Tulisan seorang tokoh ulama mazhab al-Shafi'i yang diiktiraf dalam dunia Islam, Imam Abu Uthman Isma'il bin 'Abd al-Rahman al-Sabuni al-Shafi'i (w: 449H)
        • Beliau bukan sahaja diakui keilmuan dan ketokohannya oleh para ulama Ahli Sunnah, bahkan Asha'irah juga mengiktirafnya.
        • Dr Nasir menyebut: Ittifaq semua manuskrip kitab ini atas penisbahannya kepada Imam al-Sabuni, wujudnya banyak sama'at (majlis pembacaan kitab ini) yang direkodkan dalam pelbagai manuskrip kitab ini.
        • Kajian tahkik manuskrip dilakukan dengan teliti oleh Shaykh Abū al-Yamīn Al-Manṣūrī.
        • Sanad kitab dan salinan manuskrip disertakan untuk rujukan.
        • 396 muka surat (Hard cover) - 5.5 x 8.5 inch
        • Matan risalah akidah berbentuk dwi-bahasa (Melayu-Arab) secara bersebelahan.


          Para alim ulama sejak daripada zaman salaf lagi sangat menumpukan perhatian kepada ilmu akidah, bahkan mereka mengutamakannya dalam mempelajari dan mengajarkannya, berbanding cabang-cabang ilmu agama Islam yang lain, kerana:

          1. Akidah merupakan dasar Islam dan tapak asas agama. Segala amalan tidak diterima dan setiap perkataan tidak membawa kebaikan melainkan dengan akidah yang benar.
          2. Ia adalah fitrah yang Allah telah ciptakan manusia di atasnya.
          3. Akidah adalah kewajipan pertama bagi para mukalaf yang telah cukup umur dan wajib melaksanakan perintah Allah.
          4. Akidah merupakan perkara pertama yang didakwahkan oleh para Nabi yang diutuskan kepada kaum mereka.
          5. Inilah tujuan asal penciptaan jin dan manusia.
          6. Generasi akhir umat ini tidak sesekali akan dapat diperbaiki melainkan dengan perkara yang memperbaiki generasi awal umat ini.

          Justeru, di kala umat Islam di Malaysia disibukkan dengan isu mengehadkan takrifan Ahli Sunnah wal Jama’ah hanya kepada yang berpegang dengan akidah Asha’irah dan Maturidiyyah, kitab Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis yang dibentangkan oleh Imam Abu Uthman Isma’il al-Sabuni al-Shafi’i ini sangat bagus.

          Allah permudahkan kami untuk terbitkan terjemahannya tepat pada waktu umat ini memerlukannya, agar kita mengenali dan memahami pegangan asas umat Islam sebelum zaman fitnah, ketika kerosakan belum lagi bercampur aduk dalam pemikiran kaum Muslimin.


          Inilah pegangan akidah yang diwarisi secara turun-temurun daripada Nabi SAW dan para sahabat.

          Semoga dengan mempelajari akidah yang benar, setiap kita akan beroleh keselamatan di dunia dan di akhirat, terselamat daripada kekal di dalam neraka selama-lamanya. Allahumma amiin.

          Kitab ini telah disusun dengan bahasa yang mudah, disertakan dengan dalil-dalil rujukan dan nota kaki tambahan sebagai penerangan pada tempat yang perlu, dan para pembaca boleh menonton kelas online yang disediakan dengan imbas kod QR yang disertakan di dalam buku.


          Antara senarai isi kandungan dalam buku ini:
            • Sanad kitab ini kepada penulisnya
            • Sebab penulisan kitab ini
            • Akidah Ahli Hadis tentang sifat-sifat Allah
            • Al-Quran adalah Kalam Allah, bukan makhluk
            • Allah istiwa di atas Arasy
            • Allah turun ke langit dunia pada 1/3 malam terakhir
            • Hari kebangkitan dan hal ehwal manusia pada hari tersebut
            • Syafaat Rasulullah SAW kepada para pendosa dalam kalangan umatnya
            • Telaga Hawd dan Sungai al-Kawthar
            • Penglihatan para Mukmin kepada Tuhan mereka pada hari akhirat
            • Syurga & neraka sudah dicipta dan akan kekal buat selama-lamanya
            • Perihal iman, takdir dan kehendak Allah
            • Seorang Muslim tidak dikafirkan kerana dosa yang dia lakukan
            • Hukum meninggalkan solat dengan sengaja
            • Hidayah milik Allah
            • Ke manakah destinasi akhir setiap hamba?
            • Ucapan “As-Syahid” kepada mereka yang meninggal di medan peperangan
            • 10 orang yang dijanjikan syurga & selain mereka
            • Senarai sahabat Nabi yang paling mulia
            • Akidah Ahli Hadis berkenaan penguasa, sultan dan pemerintah kaum Muslimin
            • Pendirian Ahli Hadis terhadap perselisihan antara para sahabat dan Ummahat al-Mu’minin
            • Ketentuan ajal daripada Allah
            • Bisikan syaitan
            • Sihir, kesannya dan status keislaman tukang sihir
            • Adab-adab para Ahli Hadis
            • Petanda seseorang Ahli Bidaah atau Ahli Sunnah
            • Nasihat emas daripada Imam Abu Uthman al-Sabuni
            • Salinan manuskrip asal disertakan dalam buku.


            JOM TERUSKAN

            PEMBACAAN

            DAPATKAN SEGERA!!


            Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

            Ruangan yang wajib diisi

            BUTIRAN PEMBELIAN

            Produk Kuantiti Harga (RM)
            Akidah Salaf Dan Para Ahli hadis Oleh Imam Abu Uthman Isma'il bin 'Abd al-Rahman al-Sabuni al-Shafi'i
            Siri Hafsah & Mama: Allah Maha Melihat, Maha Mendengar & Maha Mengetahui (Siri 3)
            Hafsah & Mama Series: Allah, All-Seing, All-Hearing and All-Knowing (Series 3)
            Peperangan Badar Bantuan Allah Untuk Umat Islam Oleh Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle
            Beriman dengan Titian al-Sirat yang Dipacakkan di atas Neraka Jahannam (Buku Fizikal) Oleh Ustaz Muhammad Fashan
            Akidah Ahl Al-Sunnah wa Al-Jama’ah: Sharh Al-Sunnah lil-Barbahari Oleh Imam Abu Muhammad Al-Hasan Al-Barbahari
            Nama-nama dan Sifat-Sifat Allah: Kaedah Terbaik dalam Memahaminya (Dwibahasa)Oleh Shaykh Muḥammad bin Ṣāliḥ al-ʿUthaymīn
            Kisah Nabi Nuh (Dwibahasa Arab-Melayu) Oleh Imām Ismāʿīl bin Kathīr al-Dimashqī (Ibn Kathir)
            Kisah Nabi Adam & Nabi Idris (Dwibahasa Arab-Melayu) Oleh Imām Ismāʿīl bin Kathīr al-Dimashqī
            Malaikat: Sifat & Tugas Mereka Oleh Imām Ismāʿīl bin Kathīr al-Dimashqī
            Jin & Syaitan: Penciptaan dan Kisah Mereka (Dwibahasa Arab-Melayu) Oleh Imām Ismāʿīl bin Kathīr al-Dimashqī (Ibn Kathir)
            Analisis Pandangan Golongan Ahbash Yang Mengkafirkan Orang Berpegang Dengan Zahir Nas Sifat Oleh Dr Basri Bin Ibrahim
            Menjawab Tuduhan Syeikh Said Fudah Terhadap Syeikh Al -Islam Ibn Taimiyyah Oleh Prof. Dr Basri Bin Ibrahim
            JUMLAH

            Kos Penghantaran

            JUMLAH KESELURUHAN (RM)
            Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

            BUTIRAN PELANGGAN


            Maklumat Peniaga

            ABAABIL ENTERPRISE
            kedaikitabsunnahhadiakmal@gmail.com
            +60124543696